MADRASAH KAMI

Pada peringkat permulaan, tapak ini merupakan sebuah surau dan tempat pengajian yang telah lama digunakan oleh penduduk kampung dan kawasan sekitar sebagai tempat ibadah dan juga tempat berkumpul jika ada sesuatu majlis seperti pengajian agama, majlis zikir, kenduri-kendara dan sebagainya.

gambar dari pandangan sisi kiri, mihrab sebelah hadapan


gambar hiasan adat istiadat
Setelah beberapa tahun ditinggalkan,  tempat ini kelihatan seperti merindukan suasana orang terdahulu yang menghidupkan amalan agama disamping dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama saudara seagama.




Maka ditakdirkan oleh Allah s.w.t apabila pokok besar tumbang, hampir separuh struktur bumbung dan pintu masuk senget. Jadi atas maksud tersebut, selepas mesyuarat dengan jemaah dakwah pertama yang dihantar, kami membentuk satu fikir bagi menghidupkan semula tempat ini.



Gambar Sebelum

surau yang sesuai untuk iktifaf terutamanya ketika ingin berseorangan
bumbung yang bocor
pokok yang tumbang
dihempap pokok, tapi tiang masih kukuh
papan dinding pecah
tangga yang hampir roboh
bahagian pintu masuk
kawasan lapang dipenuhi tumbuh-tumbuhan (semak-samuk ler..)
kabel elektrik terpaksa dipotong, aliran kuasa pun tak berkuasa




PROSES  MELAPANGKAN  KAWASAN


tapak yang sederhana luas

kawasan yang tenang

Pelbagai cerita yang menarik

bersebelahan sungai yang mengalir dari gunung
Dikelilingi bukit nyaman ( aman )

papan longgok macam ni pun sempat kami berfikir-fikir nak buat kreatif inovatif







PROSES  MEMBUKA


suatu sudut pandangan
Muka main peranan.. haha

solat berjemaah sebelum meneruskan kerja
dum dam.. dum dam..
"seberat-berat kayu, berat lagi tulang yang memandang.." -andika makramat-

nikmatnya dapat udara segar, panas terik pun tak terasa..
mihrab steady
perlahan-lahan

kayu sedikit demi sedikit disusun menegak selepas dibuka
nun jauh di sana
panas terik
tinggal mihrab je.
Rumah Suluk


jemput datang
* * *

bangun semula dengan plan baru

posing sket

dah siap dah pun.. relaks-relaks jap..


Dengan tidak disangka. Kami terfikirkan bahawa proses ini mungkin akan mengambil masa hingga tahun hadapan, namun kudrat-Nya tiada siapa yang tahu.  Seorang hamba Allah berkata bahawa dia akan melaksanakan proses ini.. "takpelah, nanti saya ikhtiarkan. Lain kali perkara yang baik kena la war-warkan kepada orang lain. Mungkin ramai lagi yang nak bantu, tapi tak tahu dimana saluran yang tepat." begitulah perasaan yang digambarnya.


RINGKASAN  :


* Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat, saudara-saudara, kerabat yang memahami perjuangan anakanda yang kerdil ini. Terima kasih Bonda dan Ayahandaku.


..bersambung..













1 comment:

  1. Mudah-mudahan Allah mengurniakan izin-Nya bertemu dengan pemberi sumbangan agar projek membaik pulih serta membina sebuah madrasan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya-Allah.

    ReplyDelete