Alhamdulillah dengan perancangan yang menjadi ketentuan Allah swt telah membuka jalan
untuk meneruskan kerja-kerja yang akan dikongsi dalam ruangan ini.
Pada mulanya hati terdetik untuk membaiki surau setelah melihat keadaan seperti dalam gambar,
kemudian setelah ingatan tentang pesanan waris terdahulu, muncul pula hasrat seolah-olah amanah
lama menziarahi diri ini bagi menghidupkan rumah Allah yang merupakan pusat penggerak bagi
sesebuah masyarakat seluruh dunia.
Terima kasih juga kepada sahabat dan individu perseorangan yang dihantar untuk membantu
dengan pelbagai jenis bantuan yang tidak disangka-sangka dan juga sanak-saudara yang
menyokong dalam usaha kerdil ini.
CADANGAN & MATLAMAT :
Rancangan persendirian bersama sahabat-sahabat, orang perseorangan serta keluarga.
1. SURAU
Bagi menggantikan surau lama yang sudah rosak dihimpap pokok.
2. MADRASAH
Pengajian islam yang juga memberi tumpuan dalam pelbagai kemahiran.
LOKASI :
1. Negeri Sembilan ( Utama )
2. Sabah ( menyusul )
3. Selangor ( dalam perancangan )
4. Kuala Lumpur ( akan datang )
GAMBAR :
Gambar sebelum
awal bulan April 2013
gambaran dalam |
bumbung yang bocor |
kelihatan pokok yang menghempap bumbung |
dihempap pokok, namun tiang masih kukuh |
papan yang pecah |
tangga yang hampir roboh |
sudut penyimpanan pinggan mangkuk |
kawasan tepi sebelah kanan |
kabel elektrik terpaksa dipotong atau dimatikan aliran kuasa |
Gambar permulaan gerak kerja pembersihan
19 - 23 April 2013
NOTA :
Dengan usaha yang kecil ini, Tuah, sahabat dan saudara mengalu-alukan doa dan
kunjungan masyarakat dalam dan luar negara. Terima kasih.
** Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Tuah
No comments:
Post a Comment