|
seorang kenalan yang berhajat untuk membawa lain-lain rakan
untuk merasai lagi pengalaman di bumi Malaysia |
ANTARA RIADAH DAN REDAH :
Aktiviti sampingan seperti beriadah didalam hutan, dapat membantu diri supaya
'maintain' bertenaga serta mampu memahami selok belok pelbagai jenis cabaran
dalam hutan agar berguna sewaktu dalam menghadapi keadaan tertentu.
|
mengatur formasi |
Kata orang tua Tuah, kalau kita bersahabat hendaklah sentiasa kretif dalam
membentuk pertalian silaturahim sesama kita. Penyatuan hati juga dapat dibina
jika hubungan dengan alam ciptaan Allah terus digabungkan.
|
bergambar dulu sebelum bermula
|
|
"masa ni lah aku nak try jalan atas air.." katanya dalam hati barangkali
|
Perjalanan yang mengambil masa sepatutnya 3 jam untuk sampai ke puncak, terpaksa
dilajakkan sedikit kerana ingin memudahkan laluan motosikal lasak dapat turut serta.
|
jambatan emas atau perak ke puncak belum ada, ini sahaja yang dapat disediakan |
|
mengukur struktur tanah dan kesesuaian trek yang selamat |
Walaupun kemahiran Tuah menunggang motosikal jenis lasak tidak semahir
penunggang motosikal dunia, namun inilah peluang Tuah untuk bersama-sama
belajar sesuatu yang mungkin bermanfaat.
GAMBAR
|
kuda berapi yang lasak |
|
juga boleh terperangkap andai tersalah haluan |
|
inilah gunanya bersahabat, saling bantu membantu |
|
laluan yang terhad ditemani jurang yang dahaga |
|
jatuh juga bersama motor. Syukur tiada perkara yang tidak
diingini berlaku walaupun motor sudah berada diatas mangsa |
|
Lain yang jatuh, lain pula yang mengalami kerosakan enjin |
|
masalah berjaya diatasi dengan izin Allah s.w.t
|
Rasanya teringin juga untuk tahu perbezaan menunggang motosikal dan menunggang kuda
dalam suasana hutan seperti Raja / Sultan zaman dahulu yang aktif ketika keluar memburu.
Macam biasa la kata orang, bila dah sampai ke puncak dituju, kepenatan langsung tidak
memberi apa-apa kesan walaupun pacat dan lintah telah memenuhi selera masing-masing.
|
parking tanpa meter berbayar |
|
alam ciptaan Allah s.w.t tersimpan banyak rahsia |
Gambar aktiviti sekadar ringkasan sahaja untuk menjimatkan masa. Sekarang mari
kita pulang memandangkan awan mendung mula berkumpul & bersidang barangkali.
|
"ada tazkirahkah atau bayan dari langit..?" soal hati |
|
basuh motorsikal lebih mudah daripada membasuh anak remaja |
|
seorang sahabat teringat zaman bermain basikal jalan atas air di taman tasik perdana dan taman tasik titiwangsa barangkali |
NOTA :
Kesimpulannya apabila kita ada diri , harta dan masa , usahlah kita rasa kita mampu
hidup tanpa berfikir bimbang, risau dengan kekurangan yang kita ada dari segi amal
ibadah serta amal kebajikan. Oleh itu marilah kita usaha atas iman dan amal kita, ayuh
korbankan diri, harta dan masa kita untuk keluar dijalan Allah s.w.t. wallahua'lam..
**
diri ( kesihatan yang baik )
harta ( rezeki yang mencukupi )
masa ( usia yang tidak membebankan )