Thursday 2 May 2013

Perbezaan dua tayar dan dua kaki, yang manakah lebih 'steady'?

seorang kenalan yang berhajat untuk membawa lain-lain rakan
untuk merasai lagi pengalaman di bumi Malaysia

ANTARA RIADAH DAN REDAH :

Aktiviti sampingan seperti beriadah didalam hutan, dapat membantu diri supaya
'maintain' bertenaga serta mampu memahami selok belok pelbagai jenis cabaran
dalam hutan agar berguna sewaktu dalam menghadapi keadaan tertentu.

mengatur formasi
Kata orang tua Tuah, kalau kita bersahabat hendaklah sentiasa kretif dalam
membentuk pertalian silaturahim sesama kita. Penyatuan hati juga dapat dibina
jika hubungan dengan alam ciptaan Allah terus digabungkan.

bergambar dulu sebelum bermula

"masa ni lah aku nak try jalan atas air.." katanya dalam hati barangkali

Perjalanan yang mengambil masa sepatutnya 3 jam untuk sampai ke puncak, terpaksa
dilajakkan sedikit kerana ingin memudahkan laluan motosikal lasak dapat turut serta.

jambatan emas atau perak ke puncak belum ada, ini sahaja yang dapat disediakan

mengukur struktur tanah dan kesesuaian trek yang selamat

Walaupun kemahiran Tuah menunggang motosikal jenis lasak tidak semahir 
penunggang motosikal dunia, namun inilah peluang Tuah untuk bersama-sama
belajar sesuatu yang mungkin bermanfaat.

GAMBAR

kuda berapi yang lasak
juga boleh terperangkap andai tersalah haluan

inilah gunanya bersahabat, saling bantu membantu

laluan yang terhad ditemani jurang yang dahaga

jatuh juga bersama motor. Syukur tiada perkara yang tidak
diingini berlaku walaupun motor sudah berada diatas mangsa
Lain yang jatuh, lain pula yang mengalami kerosakan enjin
masalah berjaya diatasi dengan izin Allah s.w.t

Rasanya teringin juga untuk tahu perbezaan menunggang motosikal dan menunggang kuda
dalam suasana hutan seperti Raja / Sultan zaman dahulu yang aktif ketika keluar memburu.

Macam biasa la kata orang, bila dah sampai ke puncak dituju, kepenatan langsung tidak
memberi apa-apa kesan walaupun pacat dan lintah telah memenuhi selera masing-masing.

parking tanpa meter berbayar

alam  ciptaan  Allah s.w.t  tersimpan  banyak  rahsia

Gambar aktiviti sekadar ringkasan sahaja untuk menjimatkan masa. Sekarang mari
kita pulang memandangkan awan mendung mula berkumpul & bersidang barangkali.

"ada tazkirahkah atau bayan dari langit..?" soal hati


basuh motorsikal lebih mudah daripada membasuh anak remaja

seorang sahabat teringat zaman bermain basikal jalan atas air
di taman tasik perdana dan taman tasik titiwangsa barangkali

NOTA :

Kesimpulannya apabila kita ada diri , harta dan masa , usahlah kita rasa kita mampu
hidup tanpa berfikir bimbang, risau dengan kekurangan yang kita ada dari segi amal
ibadah serta amal kebajikan. Oleh itu marilah kita usaha atas iman dan amal kita, ayuh
korbankan diri, harta dan masa kita untuk keluar dijalan Allah s.w.t. wallahua'lam..
**     
     diri ( kesihatan yang baik )
     harta ( rezeki yang mencukupi )
     masa ( usia yang tidak membebankan )

2 comments:

  1. Expidisi bermotor jelajah di mana? Boleh beritahu cara mudah bagaimana untuk ke sana selain bermotor.

    ReplyDelete